Sotong Lada Hitam
Bahan-bahan
10 ekor sotong sederhana besar
3 ulas bawang putih - di kisar
3 ulas bawang merah - di kisar
1 labu bawang besar - di potong bulat
1 pelepah daun kari
20gm lada hitam di tumbuk halus
1 ketul kiub ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu kecil air (larutkan)
1 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara-cara :
1. Bersihkan sotong (dipotong atau dibiarkan seekor-ekor) dan celur selama 5 minit atau hingga lembut. Toskan.
2. Gaul sotong dengan kunyit, garam dan goreng bersama bawang besar sehingga kekuningan. Kemudian susun di dalam pinggan.
3. Tumis bawang putih, bawang merah hingga naik baunya. Masukkan daun kari dan lada hitam dengan secawan air.
4. Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga agak likat.
5. Tuangkan ke atas sotong yang di susun di dalam pinggan tadi.