Tomyam Songkhla / Tomyam Seafood

Bahan A
1/2 inci halia - di ketuk
3 keping lengkuas di ketuk
1/4 biji bawang besar di belah
2 batang serai di ketuk
2 batang akar daun ketumbar
1 biji tomato di belah 4
2 cawan air

Bahan B
1 potong kecil ikan siakap / merah
1/2 ekor ketam
10 keping lala
5 keping sotong - di potong
1 ekor udang galah
8 biji fish ball

Bahan Perasa
1 sudu besar pes tomyam
2 biji limau nipis di perah airnya
3 helai daun limau purut
3 sudu besar susu cair / susu sejat
garam dan gula secukup rasa

Bahan tambahan :  Sayuran seperti kulat, putik jagung, bunga kobis dsbnya.

Cara-cara :
1.  Masukkan air ke dalam periuk sederhana besar bersama bahan A.
2.  Kemudian masukkan bahan B dan biarkan seketika.
3.  Selepas itu masukkan bahan perasa dan biarkan mendidih.  Masukkan sayuran jika suka.
4.  Setelah mendidih masukkan susu cair dan biarkan mendidih seketika barulah di angkat dan di hidangkan.