Sandwich Pisang Coklat / Theobromine

Bahan-bahan
10 keping roti sandwich
80gm susu pekat manis
60gm coklat nutela / peanut butter
2 biji pisang berangan ranum (dihiris nipis)
100gm gula pasir
70gm mentega tanpa garam

Cara-cara :
1.  Sapu tipis susu pekat manis pada permukaan roti, diikut satu lapisan coklat nutela / peanut butter, kemudian atur hirisan pisang di atasnya.  Telangkupkan dengan sekeping roti diatasnya.  Potong bahagian tepi roti.  Buat hingga habis
2.  Kemudian sapu mentega pada kedua belah permukaan roti yang ditelangkupkan tadi dan tabur kedua belah dengan gula pasir, hentakkan sedikit roti supaya lebihan gula keluar.  Potong roti kepada 2 bahagian bentuk segitiga.  Simpan dulu di dalam peti sejuk.
3.  Panaskan non-stick pan, letak potongan roti dan masak dengan api kecil dan balikkan hingga kedua belah roti keperangan.
4.  Sedia di hidangkan.

*** untuk mendapat roti yang lebih ranggup, bakar selama 5-8 minit di dalam ketuhar.