Kuih Bom Pulut Hitam

Bahan-bahan
150gm tepung pulut
50gm tepung pulut hitam
20gm tepung gandum
50gm gula kastor
1/4 sudu teh garam halus
170ml air
Bijan hitam / putih secukupnya

Inti Kacang Merah
100gm kacang merah rebus
100ml santan pekat
1 helai daun pandan
60gm gula pasir
1 sudu besar tepung pulut

Cara-cara :
1.  Gaulkan semua bahan kecuali bijan hingga sebati dan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
2.  Ambil satu sudu besar adunan dan gentel bulat seperti membuat buah melaka.  Letakkan inti kacang merah di tengahnya dan bentukkan bulat.


3.  Golek dengan bijan dan goreng terendam dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan.  Balik-balikkan hingga masak.


4.  Inti :  Satukan semua bahan inti, masak di dalam kuali hingga hampir kering.  Masukkan tepung pulut dan kacau hingga intinya seperti bergentel.  Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam doh.



*** Kuih bom yang baru digoreng ranggup di bahagian luar dan lembut di dalam.  Apabila sejuk kuih menjadi lembut dan tidak keras seperti kuih bom yang menggunakan tepung pulut putih sahaja.