Tie Dye Muffin

Bahan-bahan
250gm tepung self raising
30gm tepung jagung
20gm susu tepung
1 sudu teh baking powder
3 biji telur ayam
125gm gula pasir
150ml susu cair
100gm mentega cair

Pewarna :  Hijau, Kuning, Biru, Merah

Cara-cara :
1. Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, tepung susu dan baking powder.
2. Pukul telur dan gula hingga kembang.  Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dengan susu cair.


3.  Kemudian masukkan mentega cair, gaul hingga rata dengan senduk kayu.
4.  Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan dengan warna yang berlainan.
5.  Masukkan adunan berlainan warna berselang seli sehingga memenuhi 3/4 cawan kertas.


6.  Bakar pada suhu 200C selama 20 minit atau hingga masak.

Tie Dye Muffin