Pulut Sekaya Asli Kelantan

Lapisan Bawah
500gm beras pulut - di rendam semalaman
200ml santan KARA
300ml air
2 sudu kecil garam halus

Lapisan Atas
6 biji telur itik
4 biji telur ayam
400ml santan KARA
400gm gula kabung thai / gula melaka - racik halus
2 helai daun pandan - di tumbuk
3 kuntum bunga cengkih - di ketuk sedikit
1/4 sudu teh garam halus

Loyang 10 x 10'

Cara-cara :
  1. Satukan semua lapisan atas, kukus selama 25 minit.  Angkat dan pindahkan ke dalam loyang lain yang telah di gris dengan minyak masak.  Gaul pulut hingga rata dan tekan padat ke dasar loyang.
  2. Lapisan Atas :  Satukan telur, bunga cengkih dan daun pandan yang di tumbuk, kocok ringan.  Ketepikan.
  3. Kisar gula melaka dan santan hingga gula larut.   Tuang ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.
  4. Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah dan kukus semula selama 30 minit dengan api sederhana.  Tidak perlu menutup dengan aluminium foil, jika terdapat takungan air pada permukaan serapkan dengan tisu dapur.

*** boleh menggunakan kesemua telur ayam tetapi selepas di kukus sekaya akan mendap sedikit.
*** sekaya kelantan agak manis, boleh kurangkan gula jika tidak suka manis.


Gula Kabung Thai ada di jual di Pasaraya Tesco