Cucur Nasi Jejari Ketam
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Resipi  : Yatie@Sinar Kehidupanku

Bahan-Bahan :
2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih (K1 x letak, guna 1 sdm bawang goreng)
1 sudu besar udang kering-rendam dan toskan
2 1/2 cawan tepung gandum
8 batang crabsticks-atau lebih, di potong kecil2
1 biji lada merah di hiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang di hiris
sedikit garam (1 sudu teh)
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara :
1.  Kisar nasi bersama air, udang kering, bawang putih dan bawang besar hingga halus.
2.  Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan kisar tadi, gaul sebati.
3.  Campurkan hirisan crabstik, daun bawang, cili dan garam, gaul sebati.
4.  Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.

Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.  Boleh juga gunakan sudu utk mengoreng cucur ni...sudu hendaklah di celupkan sebentar kedlm minyak panas tadi dan jemputlah adunan cucur tadi kedlm minyak gorengan....dan buatlah sehingga habis...


Cucur Nasi Jejari Ketam