Kuih Cucur Badak

Bahan Inti
120gm kelapa parut putih
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 sudu besar udang kering - rendam dan toskan
3 sudu besar cili boh
2 batang serai - ambil putih sahaja
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 keping gula melaka (30gm) - racik halus
1 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara :
1.  Tumbuk udang kering hingga halus.  Ketepikan.
2.  Kisar bawang merah, bawang putih, cili boh, serbuk kunyit, jintan manis dan sedikit air hingga halus.
3.  Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau, masukkan udang kering, kelapa parut, gula melaka dan garam.  Gaul rata dan masak hingga hampir kering.  Sejukkan dahulu.

Doh
500gm ubi keledek
180gm tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu teh garam

Cara-cara :
1.  Kupas keledek, potong dan masak hingga empuk.  Toskan air dan lenyek ketika masih panas hingga halus.
2.  Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan garam dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Celup jari dengan sedikit minyak.  ambil seberat 40gm, leperkan dan isi dengan intinya.  Letak di atas dulang yang di tabur tepung.
4.  Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan.  Angkat dan toskan.

NOTA :
Tambahkan sedikit tepung saja jika adunan terlalu lembik.  Lumur jari dengan minyak ketika membentuknya.
Seelokknya guna keledek putih atau merah kerana keledek oren isinya sangat lembut dan melekit.

Kuih Cucur Badak