Rainbow Push Up Cake
Adapted from :  Martha Stewart

Bahan-bahan
860gm tepung gandum all purpose
8 sudu kecil baking powder
1 sudu teh garam
500gm mentega
680gm gula kaster
750ml susu segar
10biji putih telur suhu bilik
4 sudu teh esen vanila / badam
7 jenis pewarna yang di sukai

500ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(masukkan ke dalam piping bag)
Filling jika suka apa-apa jenis

Loyang 10 x 10 di alas dan di gris
Push up container 25pcs

Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian yang sama banyak (+- 400gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6.  Sejukkan dahulu kemudian potong menggunakan slinder container push up.
7.  Masukkan selapis kek, pipe dengan filling, kemudian whip cream, buat berselang seli warna hingga habis.
8.  Boleh juga menggunakan penutup push up cake untuk memotong jika kek agak nipis.  Untuk kek yang tebal gunakan silider kek untuk memotongnya sebelum di masukkan ke dalam container.
Rainbow Push Up Cake ,,Hebat untuk parti kanak-kanak !
Push up container boleh di isi dengan cake kesukaan seperti red velvet, blackforest atau kek sponge biasa..

Push up container