Assalamualaikum wrt.. Salam Ramadhan buat semua pengunjung Citarasawan dan Resipicitarasawan yang budiman..

Syukur Alhamdullilah,, dah tahun ke 3 berblog .. dan sangat2 tak sangka begitu ramai yang sudi berkunjung di citarasawan dengan lebih dari 50k pageview dijana setiap hari berbanding hari pertama k1 berblog.. sorang dua je hehe. K1 harap pengunjung Citarasawan dan Resipicitarasawan merasa selesa berkunjung ke sini dan harap perkongsian resipi dan informasi di blog ni memberi manafaat kepada anda semua.. Di harap apa yang anda cari ditemui di sini ... Kesemua empat buah buku ini di terbitkan dalam tahun ke 3 K1 berblog.  Terima kasih, terima kasih dan terima kasih atas sokongan anda semua.. Luv u All  ^___^


Muncul pertama kali dalam Aroma Apri 2012 dengan cover depan pau mawar


Oke sebagaimana yang di janjikan, pengumpul point terbanyak Earn Point Rewards akan mendapat cenderahati kenang-kenangan dari K1 iaitu buku resipi Kuih Muih, Puding dan Biskut Raya.  Gabungan resipicitarasawan bersama blogger-blogger masak kesayangan anda .. ermm tapi hanya untuk 10 pengumpul point terbanyak saja.. yang tak dapat jangan kecewa,, untuk 3 buah buku harga istimewa di berikan sebanyak RM10 saja untuk pengunjung Citarasawan dan Resipicitarasawan dan boleh dapatkan melalui sms.  Stok adalah terhad.


Nama-nama pemenang seperti di bawah :



PEMENANG PERTAMA
Hanizah (Set 3 buah buku dan silicone cake/pudding mold)
PEMENANG KEDUA
Siti Rohaidah Mohd Nazil (Set 3 buah buku dan silicone cake/pudding mold)
PEMENANG KETIGA
Dina Ahmad Shah (Set 3 buah buku dan Dino chocolate mold)

Dan Hadiah Ke empat dan ke sepuluh Set 2 buah buku, Agar-agar dan Kuih

TAHNIAH kepada yang berjaya !

Wahh ada juga ucapan tahniah tuk Citarasawan dari selebriti popular tanah air ehem-ehemm penjaga gol yang nsome ni pun ade ki ki.. Tima kasih kepada cik CT Dimiati Editor Majalah Aroma kerana bersusah payah mendapatkan tandatangan artis-artis popular ni  dan memeriahkan sambutan Ulangtahun Ke3 Citarasawan dan Resipicitarasawan :D Muahhhh !!!

Ucapan dari Apek, penjagal gol yang semakin cemerlang bintangnya  ..

Ucapan tahniah dari si cantik manis, Julia Ziegler
Dari Zoey yang cute dan murah dengan senyuman

dan ucapan dari Sya Al Yahya yang cantik manis dan pandai memasak ni   .. berbanyak terima kasih dari Citarasawan dan Resipicitarasawan atas sokongan anda semua :D

Tahniah dari Citarasawan juga buat rakan-rakan blogger yang sama-sama berkongsi resipi dan idea dalam majalah ini iaitu  Puan Yatie@SinarKehidupanku,Puan CT Delima@Dari Dapur CT,Puan Reen@Air Tangan Reen Khan dan blogger-blogger masak yang lain (K1 x dapat cari link) ada ucapan juga buat anda semua dari dua Jelitawan M'sia, Rozita Che Wan dan Erra Fazira TQVM..

Berjalan-jalan di bazaar ramadhan
cedokok, nasi ayam sume berkenan
Ikut hati semua nak makan
Tahan diri, banyakkan amalan
Takut masuk sepital terlebih makan !
Hee heee :D

Membeli belah berjam-jam
Sampai rumah hampir nak pitam
Belanja berhemah elak pembaziran
Alamak! tak cukup bulan poket dah kontang
Sambutlah Syawal dalam kesederhanaan

Salam Sayang dari K1.. Selamat Berpuasa  :D