Talam Cendol
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Resipi : Chef Asma@Jurnal Resepi Bdaria

Lapisan bawah 
200 gm tepung beras
250 ml santan pekat
450 ml air
1 sudu besar tepung jagung / tepung hoon kwe
150 gm gula caster
1 sudu teh garam
200 gm cendol @ 1 paket kecil, toskan airnya

Loyang 10 x 10 (sapu minyak dan alas dengan plastik)

Cara-Cara :
1.  Satukan semua lapisan bawah, kecuali cendol.  Kacau rata dan tapis kedalam periuk.   Masak hingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
2.  Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata, perlahan-lahan supaya cendol tidak pecah.
3.  Tuang adunan kedalam loyang.  Kukus selama 25 minit.
4.  Selepas masak, cakar permukaannya dengan garpu.

Lapisan Atas

Bahan A
300 gm gula merah
50 gm gula castor
500 ml air
2 helai daun pandan-saya tambah

Bahan B
150 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung-saya tambah
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam

Cara-cara :
1.  Masak bahan A hingga gula larut.  Sejukkan sebentar.
2.  Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.  Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis kedalam periuk.
3.  Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja  Tuang keatas lapisan bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit
4.  Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.
Talam Cendol