Pengat Campur
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1 biji keledek oren
1 biji keledek unggu
1/2 biji keladi thai
1 biji pisang tanduk
Kuah
200gm gula melaka
30gm gula pasir
2 helai daun pandan
250ml air
500ml santan
1/4 sudu teh garam
3 sudu besar sagu mata ikan (cuci dan toskan)
Cara-cara :
1. Kupas keledek, keladi dan pisang, potong dadu. Masak berasingan hingga empuk. Toskan.
2. Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan air. Masak hingga gula larut.
3. Masukkan santan, garam dan sagu, masak hingga mendidih dan sagu kembang. Tutup api dan masukkan keledek dan pisang yang di rebus tadi. Sedia di hidangkan.
Pengat Campur, campuran keledek, keladi dan pisang