Krim Puff Durian / Durian Cream Puff
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
160ml air
80gm mentega
100gm tepung gandum
4 biji telur B
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 195C.
2. Didihkan air dan mentega hingga mentega cair. Tutup api, masukkan tepung gandum dan kacau hingga menjadi doh segumpal yang tidak melekat di tepi periuk. Masak di atas api kecil sebentar hingga nampak lapisan tipis putih di tepi periuk.
3. Angkat dan sejukkan dahulu.
4. Pecahkan sebiji telur ke dalam adunan, kacau menggunakan senduk kayu hingga rata. Kemudian masukkan baki telur seterusnya satu persatu dan kacau hingga rata menjadi adunan yang pekat dan boleh di pipe.
5. Masukkan ke dalam piping bag dengan muncung nozzle bulat. Pipekan berjarak di atas dulang yang di alas baking paper. Untuk membuat duri durian, masukkan sedikit adunan ke dalam piping bag yang lain dengan nozzle bergerigi kecil dan pipe rapat2 seperti duri durian hingga ke atas.
6. Bakar di rak tengah selama 15 minit pada suhu 195C dan turun suhu kepada 170C dan bakar selama 15 minit lagi.
7. Sejukkan dahulu sebelum di pipe dengan cream.
Krim Durian
250ml non diary whip cream
3-4 ulas isi durian
10gm gelatin halagel
1 1/2 sudu besar air panas untuk melarutkan gelatin
Cara : Pukul whip cream hingga hampir pekat. Masukkan isi durian dan gelatin cair, gaul hingga rata. Simpan sebentar di dalam peti sejuk sebelum di pipe ke dalam puff.
Krim Kastard Durian
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard / tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 sudu besar tepung kastard / tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar
3 biji kuning telur
1/2 sudu besar mentega
3-4 ulas isi durian
Cara-cara :
Notes :
Satukan semua bahan kecuali mentega dan isi durian, whisk / kisar hingga rata dan tapis.
Masak di atas api perlahan hingga pekat, masukkan mentega, kacau hingga licin dan tidak berketul.
Simpan di dalam peti sejuk sebelum di pipe ke dalam puff.
Notes :
Adunan yang sedikit, memadai mengaulnya dengan senduk kayu. Jika gandakan sukatan, gaul menggunakan paddle mixer.
Bila membuat choux (kulit puff), potong mentega kecil supaya cepat cair untuk mengelakkan jumlah air dari berkurang.
Semua tepung mesti di masukkan sekaligus supaya masak sekata. Gaul dengan cepat sehingga doh menjadi licin dan tidak berketul.
Biarkan adunan sejuk dahulu sebelum di masukkan telur untuk mengelakkan telur menjadi masak semasa mengadun.
Masukkan telur satu demi satu, gaul telur sebati dengan adunan dahulu sebelum di masukkan telur yang lain.

Krim Puff Durian / Durian Cream Puff - baru la betul-betul durian.. ^__^