Rainbow Cake in a Jar
Sumber :  Azie Kitchen / Martha Stewart

Bahan-bahan
200gm mentega
330gm gula kaster
5 biji putih telur A
2 sudu kecil esen vanila
400gm tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
290ml susu segar

1 sudu kecil pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah
perasa jika suka

Menghasilkan 13 Jar

Cara-cara :
1.  Ayak tepung gandum dan baking powder.  Ketepikan.
2.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan esen vanila, pukul hingga sebati.
2.  Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, putar dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
3.  Bahagikan adunan kepada 6 bahagian (210gm) setiap satu dan tambahkan dengan pewarna dan perasa jika suka, kacau hingga sebati.
4.  Masukkan adunan ke dalam piping bag, gunting sedikit muncungnya.  Paip adunan ungu dalam jar 1/2 in tinggi di ikuti warna biru, hijau, kuning, oren dan merah.  Penuhkan 1/2 jar sahaja.  Pastikan setiap warna adalah sekata dan menyentuh keliling jar.
5.  Susun jar dalam loyang yang di isi dengan 1/2 in air panas.  Bakar pada suhu 170C secara water bath selama 25-30 minit atau hingga masak.
6.  Sejukkan kek dahulu sebelum dipaip dengan adunan cheese atau buttercream.  Hias mengikut suka.
Vanila Buttercream
1 cawan mentega tanpa garam
3-4 cawan gula aising
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar esen vanila
4 sudu besar UHT whip cream atau susu

Cara-cara :
Putar mentega hingga kembang dan gebu.  Masukkan gula aising dan putar dengan kelajuan perlahan hingga sebati.  Masukkan esen vanila, garam dan 2 sudu besar whip krim, putar dengan kelajuan sederhana selama 3 minit hingga sebati.
Rainbow Cake in a Jar