Acar Mentah

Bahan-bahan
2 biji timun / zucchini
1/2 batang carrot
1/2 biji capsicum hijau/merah/kuning
1 hiris nenas - jika suka
1/2 labu bawang besar
1 tangkai cili merah
3 sudu  besar cuka makan
2 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa

Cara :  Kesemua sayuran di potong memanjang.  Timun di buang empulurnya.  Campurkan cuka, gula dan garam hingga rata, gaul bersama hirisan sayur-sayur, biarkan seketika sehingga cuka meresap.  Sedia di hidang sebagai hidangan sampingan untuk pelbagai jenis nasi.