Kuih Tako Jagung
Sumber : Kfida@myresipi / Yati Memories
Bahan Lapisan Bawah
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung hoen kwee putih
1/2 cawan gula halus
2 1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning
1/2 cawan jagung cream / biji dalam tin, toskan airnya
Bahan Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1/4 cawan tepung beras
2 1/2 sudu besar tepung hoen kwee
3/4 sk garam
2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
1. Satukan bahan2 lapisan bawah, tambah sedikit pewarna kuning dan masak hingga pekat, berkilat dan jernih.
2. Sediakan acuan kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan 1/2 adunan jagung dari paras acuan. Ketepikan.
3. Satukan bahan2 lapisan atas dan masak hingga pekat. Matikan api.
4. Tuangkan ke atas lapisan jagung hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.
5. Dinginkan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Kuih Tako Jagung