Cucur Udang Mamak Penang
Resipi :  Mohammad Roslan @ Balanabiar Wordpress.com

Bahan-bahan (Ingredient)


20 ekor udang sederhana - hiasan

Cara-cara :

  1. Larutkan yis bersama air suam dan gula, kacau dan biarkan selama 10 minit hingga berbuih.
  2. Masukkan tepung dalam sebuah bekas, tuang larutan yis dan kacau rata.
  3. Kemudian masukan garam, daun kucai, taugeh, serbuk kunyit ke dalam tepung.  Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang sesuai tidak cair atau likat.  Tutup adunan dan rehatkan selama 1 jam untuk adunan mengembang.  Aduk kembali adunan.
  4. Panaskan sendok selama 5 minit di dalam minyak.  Tinggalkan sedikit minyak panas di dalam sendok, kemudian masukkan 1 sudu besar adunan ke dalamnya, letak udang di atasnya dan goreng bersama sendok tadi dalam minyak sederhana panas hingga timbul.
  5. Balik-balikkan dan goreng hingga keperangan.

Sos Kacang Mamak Penang


Cara-cara :
1. Goreng kacang tanah dan cili kering berasingan dengan minyak hingga garing.  Angkat dan toskan.
2.  Kemudian goreng udang geragau dengan api kecil pastikan udang tidak hangus.  Angkat dan toskan.
3. Kisar cili dan udang bersama air dan bawang besar hingga halus.  Kemudian masukkan kacang tanah goreng dan kisar sebentar, biar kacang kasar sedikit.
4.  Masukkan bahan kisar tadi bersama air secukupnya mengikut kepekatan yang di kehendaki. Masak hingga mendidih.  Masukan cairan tepung jagung sebagai pemekat. Sos tidak terlalu likat atau terlalu cair.  Masukkan gula dan garam secukupnya.
5. Sedia di hidang bersama cucur udang

  • [message]
    • Nota: 
      • Kuah dan cucur yang lebih boleh disimpan untuk membuat mee goreng mamak yang istimewa, kuah ini juga sekiranya dicairkan boleh digunakan sebagai kuah rojak yang lazat bersama cucur udang, timun dan ubi sengkuang.selamat mencuba.

Sos Cili


Cara :
1.  Potong dan kisar cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus.  Didihkan air asam jawa, masukkan bahan kisar, gula melaka, sos cili dan garam.  Masak hingga mendidih. 
2.  Tambahkan larutan tepung jagung dan masak hingga hampir pekat.  Hidang bersama cucur udang yang dipotong kecil.
Cucur Udang Mamak Penang