Kuih Lapis Roti Nescafe
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan A
8 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 250ml air
100gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
400ml santan KARA
200ml air
120gm tepung beras
40gm tepung jagung
Bahan B
2 sudu teh nescafe (larutkan dengan 2 sudu besar air panas) + sedikit coffee emulco
sedikit pewarna kuning telur
Loyang 6in atau 7in - di gris dan di alas plastik
Cara-cara :
1. Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
2. Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung jagung, gaul rata.
3. Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian, 2 bahagian di biar warna asal, 1 bahagian di campur pewarna kuning dan 4 bahagian di campur dengan larutan nescafe.
5. Tuang satu bahagian adunan nescafe, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
6. Angkat dan tuang satu bahagian warna asal, kukus selama 5 minit, di ikuti dengan lapisan nescafe, kuning dan seterusnya seperti dalam gambar. atau boleh selang seli kan lapisan mengikut keativiti sendiri.
7. Untuk lapisan terakhir tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
8. Sejukkan dahulu sebelum di potong menggunakan pemotong plastik.