Lepat Pisang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
10 biji pisang emas
3 sudu besar gula pasir / gula melaka
1/2 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh baking powder
7-8 helai daun pisang - di layur
Cara-cara :
1. Lecek pisang bersama gula hingga hancur. Masukkan kelapa parut, gandum, garam dan baking powder. Gaul rata.
2. Sudukan 1 sudu besar ke atas daun pisang dan lipat memanjang. Lipat kedua hujung kedua daun pisang ke bawah.
3. Kukus di dalam pengukus yang di panaskan dahulu selama 20 minit.
Lepat Pisang