Cucur Kentang Sarang Burung / Bird Nest Potato Fritters
Olahan K1
Bahan-bahan
3 biji ubi kentang - sagat halus
1/2 batang lobak merah - sagat halus
2 biji cili merah - potong halus memanjang
1 biji telur B
2 tangkai daun bawang - hiris
1 tangkai daun sup - hiris
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
serbuk lada sulah secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
1. Satukan ubi kentang, lobak merah, cili, tepung, telur, garam dan serbuk lada sulah. Gaul hingga rata.
2. Panaskan minyak. Masukkan senduk kecil ke dalam minyak panas, biar seketika. jika senduk bertangkai besi, pastikan guna sarung tangan kain untuk mengelak tangan dari melecur.
3. Tinggalkan sedikit minyak panas di dalam senduk, menggunakan penyepit, masukkan adunan kentang saja, tanpa batter ke dalam senduk, rapikan mengikut bentuk bulat senduk. Kemudian goreng hingga nampak sedikit perang. Angkat keluar, gunakan sudu untuk mengeluarkannya jika melekat.
4. Masukkan kembali ke dalam minyak dan goreng seketika. Jika maukan lebih garing, goreng hingga keperangan.
5. Angkat dan toskan dengan tisu dapur.
6. Enak di hidang bersama sos cili, mayonise atau thousand island.
*** Untuk membuat bentuk sarang burung, K1 tidak menggorengnya bersama batter kerana ia akan padat dan menjadi seperti jemput2..
Kentang Goreng Sarang Burung / Bird Nest Potato Fritters