Kuih Lapis India / Kuih Lapis Ombak
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sumber : Hesti's Kitchen
Bahan-bahan
600 santan pekat
300 gula merah (masak dengan 600 air dn daun pandan) tapis
170gm tepung hunkwee (2 bungkus)
1/2 tin susu pekat manis
8 biji telur A - pukul ringan
1/2 sudu teh garam
Loyang 8 in di alas plastik dn di gris
Cara-cara :
1. Panaskan pengukus. gris loyang dengan minyak dan alas dengan plastik tahan panas. Gris bahagian dasar dan tepi loyang dengan minyak.
2. Pukul telur dan santan, masukkan sirap gula merah, tepung hunwee, susu pekat manis dan garam, whisk hingga rata dan tapis.
3. Panaskan loyang di dalam pengukus selama 5 minit, tuang 1 sendok adunan (120ml) dan kukus selama 5 minit sehingga keras. Guna api besar semasa mengukus, bagi mendapat lapisan berombak yang lebih jelas.
4. Kemudian tuang 120ml adunan berikutnya perlahan dari sisi loyang, aduk adunan setiap kali menuang supaya adunan tidak mendap.
5. Ulangi melapis sehingga habis.
6. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 15-20 minit
7. Biarkan betul2 sejuk sebelum di potong.
8. Kuih mengambil masa 3-4 jam untuk melapis dan mengukus.
Kuih Lapis India / Kuih Lapis Ombak