Alu Gobi
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Resipi : Tuan Hj Mamak Haji FB
Bahan-Bahan
5-7 biji ubi kentang sederhana besar
1 biji bawang besar dihiris halus
2 biji cili hijau dihiris
2 biji tomato dipotong dadu
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk garam masala
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
1 pokok ketumbar. Asingkan batang dan daun, hiris halus
1 sudu besar pes halia bawang putih
1 cawan kacang campur (frozen) sejuk beku. Rendam dan toskan.
Cara-cara :
Rebus kentang hingga empuk.
Toskan dan kopek kulit kentang. Potong dadu. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukan biji jintan putih dan bawang hiris.
Tumis hingga bawang bertukar warna keperangan, masukkan batang ketumbar.
Masukkan segera serbuk kunyit, serbuk cili dan garam.
Masukkan pes halia bawang putih, dan sebatikan semua rempah menjadikan pes.
Masukkan kacang campur dan gaul rata.
Bila naik bau masukkan ubi kentang rebus dan gaul rata.
Masukkan cili hijau dan garam masala.
Akhir sekali, masukkan tomato dan gaul rata.
Masak dalam 2-3 minit saja.
Tutup api dapur dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar.
Alu Gobi hidangan bersama roti puri.
Roti Puri / Poori Bread