Pengat Pulut Nangka / Bubur Pulut Nangka
Bahan-bahan
1 cawan pulut
1 cawan air
Kuah
500ml santan sederhana pekat
1 sudu besar tepung beras
100gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan - di simpul
10 ulas nangka - buang biji
Cara-cara :
1. Cuci dan masak pulut dengan api kecil hingga masak. Angkat, biarkan suam sedikit kemudian kepalkan bulat2 dan masukkan ke dalam ulas nangka. Ketepikan.
2. Satukan bahan kuah, masak hingga hampir pekat. Kecilkan api dan masukkan ulas nangka ke dalam periuk. Tutup periuk dan reneh sekejap hingga nangka menjadi lembut.
3. Angkat dan hidangkan bersama kuah.
*** Jika suka, boleh letakkan pes pandan atau jus bunga telang bila pulut hampir kering, gaul2 kan dan tutup periuk sebentar sebelum di angkat.
Pengat Pulut Nangka / Bubur Pulut Nangka