Lepat Labu
Bahan-bahan
1 cawan isi labu yang dikukus dan dilecek
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
Kelapa parut secukupnya.
Daun pisang yang telah dilayur.
Cara-cara :
1. Gaul labu, gula dan tepung, masukkan santan dan garam, kacau rata.
2. Ambil satu sudu penuh adunan, ratakan atas daun pisang. Letak sedikit kelapa parut di tengahnya dan tutup dengan sedikit adunan di atasnya.
3. Bungkus memanjang, dan kukus selama 25-30minit hingga masak.
Lepat Labu