Lasagna San Remo
Bahan-bahan (Ingredient)
Sos Daging ( Lasagna Sos )
- [message]
- Taburan :
- Keju Mozzarella secukupnya
Penyediaannya :
1. Panaskan minyak, Masukkan bawang putih, bawang besar dan carrot, masak hingga layu.
2. Masukkan daging cincang, masak hingga daging berubah warna. Masukkan tomato cincang, sos tomato dan air, perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.
3. Reneh selama 20 minit. Angkat dan ketepikan.
Sos Keju
Penyediaan :
1. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan tepung gandum dan kacau hingga rata.
2. Masukkan susu cair dan kacau hingga agak pekat. Perasakan dengan secubit garam dan serbuk lada sulah.
3. Masukkan parutan keju Cheddar dan kacau hingga keju cair.
Cara-cara Penyediaan Lasagna
1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Leser sedikit mentega dalam bekas tahan panas.
3. Lapis Lasagna dengan sos keju, lapisan kedua pula dengan sos daging ulangi langkah hingga 4 lapisan. Lapisan atas, tabur dengan parutan keju Mozzarella.
4. Bakar selama 25-30min bergantung pada saiz acuan sehingga masak.
Tips : Pastikan kepingan lasagna di tutupi dengan sos daging hingga rata untuk melembutkan kepingan lasagna. atau mencelurkan kepingan lasagna terlebih dahulu di dalam air mendidih yang di letak sedikit minyak zaitun, Toskan terlebih dahulu.
Lasagna San Remo