Spaghetti Meatballs Nest Muffin
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sos Italian Meatballs
150gm meatballs siap guna - rebus dahulu, toskan
1 biji bawang besar - dadu
2 biji tomato - dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak zaitun
2 tin sos tomato Preggo atau jenama lain
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 helai bay leaf
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Penyediaan :
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau. Masukkan tomato dan bay leaf. Biarkan sehingga tomato hancur.
2. Masukkan sos tomato Preggo dan sedikit air, kacau dan biarkan seketika.
3. Masukkan meatballs, gaul bersama sos hingga rata. Tutup kuali dan biar mereneh seketika.
4. Angkat dan ketepikan. Sementara itu sediakan spagetthi nest.
Spaghetti Nest
Bahan-bahan
200gm spagetthi
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
1 cawan parutan keju Parmesan
1/2 cawan parutan keju Parmesan untuk taburan
Cara-cara :
1. Rebus spagetthi hingga lembut. Angkat dan toskan. Gaul dengan minyak zaitun hingga rata. Biarkan sejuk selama 15 minit. Masukkan parutan keju parmesan dan gaul rata.
2. Spray/griss acuan muffin dengan minyak. Masukkan spagetthi hingga penuh. Letak atasnya sebiji meatball dan sosnya, tabur dengan parutan keju parmesan.
3. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 20-25 minit.
4. Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan. Hidang bersama sos meatballs.
Note : Sos Italian Meatball boleh di hidang bersama spagetthi
Spaghetti Meatballs Nest Muffin