Mee Bandung Muar
Sumber : FB CiptaRasa Noly
Bahan Pes
Bahan-bahan (Ingredient)
Penyediaan Pes
Kisar lada kering, bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumis sehingga garing. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau dan masak hingga naik minyak. Akhirnya masukkan keledek dan kacau hingga pekat.
***(Pes boleh disimpan dalam peti sejuk...boleh diguna bila-bila perlu)
Bahan-bahan Mee Bandung (hidangan utk 2 orang)
Bahan-bahan (Ingredient)
Penyediaan :
- Panaskn minyak, goreng daging, ayam hingga masak, masukkan sotong kembang dan udang.
- Masukkan pes bandung dan kacau. Masukkan 4 – 5 cawan air atau stok, Tunggu mendidih.
- Pecahkan telur ke dalam cawan, kemudian tuang ke dalam kuah. Biarkan sebentar sehingga telur hampir masak.
- Masukkn mee kuning dan sawi. Jika kuah kurang pekat boleh tambah pes, jika pekat boleh ditambah air. Tambah garam dan gula (jika perlu).
- Jika suka, masa menumis boleh ditambah dengan kacang tanah goreng yang di kisar kasar.
Mee Bandung Muar