Bubur Biji Salak Keledek Ungu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250 gm keledek ungu
80 gm tepung ubikayu / sagu
1/2 sudu teh garam
Air untuk merebus

Bahan Kuah
500 ml santan
100ml air
100 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan
2 sudu teh tepung jagung untuk pengental (larutkan dengan sedikit air)

Penyediaan :
  1. Kukus keledek hingga empuk, lenyek halus ketika masih panas.
  2. Masukkan tepung ubikayu atau tepung sagu dan garam.  Gaul rata dan masukkan air sedikit- sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari.
  3. Bentuk bulat-bulat menjadi seperti biji salak.  Buat hingga habis.
  4. Didihkan air hingga mengelegak, masukkan doh biji salak dan rebus hingga terapung di permukaan air.
  5. Angkat dan toskan.  Apabila selesai siram dengan air supaya biji salak tidak melekat.  Toskan.

Penyediaan Kuah :
  1. Satukan air, gula, garam dan daun pandan.  Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan santan, masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.  Kacau seketika dan angkat.
  4. Hidang biji salak bersama kuah.


Bubur Biji Salak Keledek Ungu