Chocolate Strawberry Cheese Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan Kek
250gm chocolate sponge mix
185gm telur (tanpa kulit)
50ml air
75gm mentega cair / minyak sayur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh chocolate emulco
Satukan semua bahan kek kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan tinggi selama 5-6 minit hingga kembang. Masukkan mentega cair dan putar perlahan dan sebati. Tuang ke dalam loyang 8x8x3 in yang di alas kertas minyak. Bakar selama 30-35 minit pada suhu 180C. Sejukkan di atas redai dan potong kepada 2 lapisan setebal 3cm dan bersaiz 6x6in
Adunan Keju
250gm cream cheese - suhu bilikAdunan Keju
60gm gula kaster
1 sudu besar lemon jus
140ml yogurt (1 pack kecil)
150ml UHT whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin halal (cap kijang, bunga raya, nona)
50ml air
15 biji strawberry segar - potong dadu
Hiasan : Chocolate Ganache, serpihan coklat dan Strawberry
Loyang 6" Loose Base Tin
Cara-cara :
- Letak sekeping kek di dasar loyang. Ketepikan.
- Putar whipping cream hingga pekat. Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
- Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin, biar sehingga gelatin kembang.
- Masukkan ke dalam microwave beberapa saat atau secara double boil hingga gelatin cair. Ketepikan.
- Pukul cream cheese dan gula hingga sebati.. Masukan jus lemon dan yogurt, putar hingga bergaul rata.
- Masukkan gelatin cair, gaul rata dan akhir sekali masukkan whipping cream, kaup balik hingga sebati.
- Masukkan kiub strawberry dan kaup balik perlahan-lahan. Tuang ke atas lapisan kek, ratakan. Selepas itu letak sekeping kek chocolate di atasnya.
- Tuang coklat ganache di atasnya. Tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
- Susun hirisan strawberry dan serpihan coklat sebagai hiasan.
- Keluarkan dari loyang dan potong menggunakan pisau yang di panaskan dengan api atau air mendidih, lap dan potong.
Coklat Ganache
50ml dairy whipping cream
100gm coklat masakan hitam - cincang halus
Panaskan whipping cream di dalam microwave beberapa saat. Tuang ke atas coklat, gaul sehingga coklat mencair. Tuang ke atas lapisan kek.
Chocolate Strawberry Cheese Cake