Spaghetti Aglio Olio
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
300gm spaghetti, rebus hingga lembut, toskan
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu kecil serbuk cili
1 cawan daun bayam (baby spinach)
1/4 cawan daun parsley - hiris
2 sudu besar minyak zaitun
Sedikit garam
100gm isi udang
1/2 biji lemon
Penyediaan :
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan udang dan kacau hingga udang berubah kemerahan.
Masukkan garam, perahan jus lemon, serbuk cili. Kacau rata.
Masukkan daun parsley dan baby spinach.
Kacau sebentar dan masukkan spaghetti yang telah di rebus dan sedikit air.
Kacau rata dan sedia di hidangkan.
Spaghetti Aglio Olio