Talam Keledek Oren
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan Lapisan Bawah
150gm keledek oren, direbus dan dilecek
200ml air
70gm tepung beras
80gm tepung ubi
200ml santan kotak
120gm gula halus
1/4 sudu teh garam

Bahan Lapisan Atas
60gm tepung beras
60gm tepung ubi
150ml santan pekat
150ml air
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan dan tapis, masuk ke dalam jug kecil

35 biji acuan lompang - leser sedikit minyak



Penyediaan :
  1. Satukan keledek, air, gula dan garam ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  2. Masukkan tepung dan santan.  Kisar hingga sebati.  Masukkan ke dalam jug kecil.
  3. Panaskan pengukus.  Tuang 1/2 adunan ke dalam acuan lompang, kukus selama 15 minit.
  4. Setelah masak, tuang lapisan atas hingga penuh.  Kukus semula selama 10-15 minit dengan api sederhana hingga masak.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di keluar dari acuan.

Talam Keledek Oren