Sup Ayam Cendawan Thai
Bahan-Bahan
1 keping dada ayam - potong menyerong
4 cawan air rebusan ayam / stok ayam (Rebus tulang ayam untuk stok)
Cendawan Shitake
1 sudu teh garam
3 sudu besar sos ikan
1 1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar jus limau kasturi
1 batang jagung - potong 1/2 in tebal
1 ikat kangkung - Ambil bahagian daun
Cendawan Enoki
3 helai daun ketumbar
1 ikat daun bawang - potong
1 biji tomato - belah 4
1 tangkai cili merah - hiris serong
1/2 sudu kecil mentega
Bahan - Semua di ketuk kasar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 in halia
4 tangkai cili padi
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bahan ketuk kasar hingga naik bau.
Tuang air rebusan ayam, garam, gula dan sos ikan. Biar mengelegak selama 5 minit.
Kemudian masukkan cendawan hitam, jus limau.
Kemudian masukkan jagung, daun bawang, daun ketumbar, cili hiris dan mentega.
Akhir sekali, perlahankan api, masukkan isi ayam, tomato, kangkung, cendawan Enoki. Didihkan sebentar hingga isi ayam masak.
Sedia di hidang.
Sup Ayam Cendawan Thai