Sotong Bakar Madu Sos Seafood Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
4 ekor sotong isi putih saiz besar
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar madu
1/4 sudu teh garam
Cuci bersih sotong, lumur dengan semua bahan hingga rata. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
Penyediaan :
Keluarkan sotong dari peti sejuk, keringkan air di atas tissue dapur.
Kemudian cucuk sotong dengan lidi satay hingga ke kepalanya.
Kelar-kelarkan badan sotong dan rengiskan dengan sedikit minyak.
Panggang di atas bara api atau di dalam oven hingga masak.
Sos Seafood Thai
Bahan-bahan
6 tangkai cili padi merah
5 tangkai cili padi hijau
1 tangkai daun ketumbar
5 ulas bawang putih - bakar sebentar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar jus limau nipis
Kisar cili, bawang putih dan daun ketumbar, Masukkan garam, sos ikan, sos tiram, jus limau nipis dan gula, Kisar sebentar jangan terlalu halus.
Sos seafood sesuai untuk semua jenis makanan laut, udang, ketam, sotong, ikan dan lain-lain.
Sotong Bakar Madu Sos Seafood Thai