Sayap Ayam Kungpoa
Bahan A
10 ketul sayap ayam
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu kecil minyak bawang putih
2 sudu kecil tepung jagung
Cuci ayam, toskan dan gaul dengan bahan-bahan lain hingga rata.
Perap di dalam peti sejuk selama 15 minit.
Bahan B
1 inci halia, hiris
3 ulas bawang merah besar, potong kasar
3 tangkai cili kering, potong pendek
1 sudu besar biji gajus
Panaskan minyak yang banyak, masukkan semua bahan potong dan goreng sebentar.
Angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama, goreng bahan A hingga kulit ayam keperangan.
Angkat dan toskan.
Bahan C - Pes Kungpoa
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar cuka hitam
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
2 sudu besar air bancuhan tepung jagung
Satukan semua bahan C dan sebatikan hingga rata.
Hiasan : Daun Bawang dan gajus goreng
Cara-cara :
Panaskan 2 sudu besar minyak bawang putih, masukkan ayam dan goreng sekejap.
Masukkan bahan B, gaul rata.
Tuang bahan C, pes kungpoa, goreng sekejap hingga kering.
Masukkan daun bawang dan tabur dengan biji gajus sebagai hiasan.
Sayap Ayam Kungpoa enak di makan begitu saja atau bersama nasi.
Sayap Ayam Kungpoa