Sos Cicah Mempelam Muda Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 1/2 cawan gula melaka racik atau nise thai
1/4 cawan air
1/3 cawan sos ikan
2 ulas bawang hiris kasar
1 sudu besar udang kering

Bahan Tumbuk Kasar
3 sudu besar udang kering, rendam dan tos
3 ulas bawang merah, hiris
10  tangkai cili padi

Cara-cara :
Masukkan gula melaka, air dan sos ikan ke dalam periuk.
Masak hingga mendidih dan gula larut.
Masukkan bahan tumbuk, masak seketika.
Kemudian masukkan bawang hiris dan udang kering.
Masak hingga mendidih dan pekat.
Sejukkan dahulu dan simpan di dalam botol.
Sesuai di cicah dengan mempelam muda, jambu, nenas, apple hijau dan lain-lain.

Sos Cicah Mempelam Muda Thai