Talam Labu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-Bahan
250 gm labu - di potong dadu
130 gm tepung beras
10 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
400 ml santan kotak KARA
200 ml air
250 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
Loyang 7 inci - leser minyak dan alas plastik tahan haba
Cara-caranya :
- Panaskan pengukus. Balut penutupnya dengan kain supaya air tidak menitik.
- Rebus labu separuh masak lebih kurang 5 minit. Angkat dan toskan.
- Satukan semua tepung, masukkan gula, air dan santan. Kacau hingga gula hancur.
- Tapiskan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja.
- Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan labu tadi hingga rata.
- Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
- Bila sejuk, barulah di keluarkan dari acuan.
Talam Labu