Talam Belebat Ubi Keledek
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan Lapisan Bawah
3 ketul keledek (oren, ungu dan putih)
5 biji pisang emas, lecek halus
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar kelapa parut
1/2 sudu teh garam
1 kotak kecil santan S&P (200ml)
1 cawan air
Bahan Lapisan Atas
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
2 kotak kecil santan S&P (400ml)
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
pewarna jika suka
Loyang 10 x 10 alas dengan plastik tahan panas
Cara-cara :
- Kupas ubi dan potong memanjang 1 inci. Rebus hingga masak dan toskan.
- Satukan semua lapisan bawah dan gaul bersama ubi.
- Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
- Satukan semua lapisan atas, tapis ke dalam kuali.
- Masak hingga adunan naik wap dan tuang ke atas lapisan bawah.
- Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit lagi.
- Bila kuih telah sejuk barulah di potong.
Talam Belebat Ubi Keledek