Pastry Fruits Cake / Cupcakes
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
100 gm mentega
160 gm gula halus
3 biji telur ayam A
210 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar parutan kulit oren
2 sudu besar sourcream / yogurt

Buahan citrus strawberry, blueberry, kiwi
atau buah dalam tin, peach, limau mandarin (di toskan dahulu)

Acuan cupcake di alas papercup
atau loyang 8in di alas dan di leser mentega

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Ayak tepung dan baking powder.  Ketepikan.
  3. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  4. Masukkan telur satu persatu dan putar perlahan hingga sebati.
  5. Tambahkan esen vanilla dan parutan kulit oren.
  6. Putar perlahan, tambahkan tepung dan putar hingga rata.
  7. Akhir sekali masukkan sourcream atau yogurt, putar hingga sebati.
  8. Tuang adunan 3/4 penuh ke dalam papercup. hentak loyang beberapa kali supaya serata.
  9. Tabur dengan hirisan buah-buahan.
  10. Bakar di rak tengah selama 25minit untuk cupcake dan 45minit jika guna acuan kek 8in.
  11. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk pastikan kek dah masak.
  12. Keluarkan dari oven dan biarkan kek betul-betul sejuk sebelum di tabur snow powder atau gula aising.
  13. atau di hidang bersama creamy vanilla sauce.

Creamy Vanila Sauce

Bahan-bahan
1 cawan susu cair
1 cawan whipping cream
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar gula pasir
4 biji kuning telur

Cara-cara :
  1. Panaskan susu cair, whipping cream dan esen vanilla hingga berbuih kecil tepi periuk.
  2. Tutup api. 
  3. Pukul kuning telur bersama gula hingga sebati.
  4. Masukkan campuran susu panas tadi ke dalam telur sedikit demi sedikit dan whisk hingga sebati.
  5. Tuang semula kedalam periuk dan masak dengan api kecil hingga hampir pekat.
  6. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  7. Angkat dan tapis ke dalam mangkuk.  Tutup permukaan mangkuk dengan plastik wrap.
  8. Simpan di dalam peti ais sehingga sejuk sebelum dihidangkan bersama cake atau cupcake.

TIPS
  1. Mengaul buah dengan gula akan menyebabkan buah berair dan hilang bentuk apabila di bakar.
  2. Setelah masukkan adunan, hentakkan loyang sebanyak 3 @ 4 kali,  Supaya tiada ruang udara di dalam.  Kemudian baru susun buah-buahan.
  3. Buah dalam tin hendaklah di toskan airnya dan keringkan di atas tisu dapur supaya tidak berair.
  4. Hiris buah tebal sedikit supaya tidak tenggelam.
  5. Jangan bakar hingga permukaan kek terlalu perang kerana kek akan menjadi keras.

Pastry Fruits Cake / Cupcakes