Lepat Ubikayu Mudah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Resipi Chef Ruzita
Bahan-bahan
1/2 kg parutan ubi kayu
3 sudu besar gula pasir
3 keping gula melaka, racik halus
1/4 cawan air
1/2 cawan santan pekat
Daun pisang potong 13cm x 9cm, di layur api
Cara-cara :
- Panaskan pengukus.
- Masukkan parutan ubikayu ke dalam periuk non-stick.
- Satukan gula pasir, gula melaka dan air, masak hingga gula larut.
- Masukkan santan dan kacau sebati.
- Tuang ke dalam parutan ubikayu dan gaul hingga rata.
- Masak dengan api perlahan, sentiasa di kacau hingga adunan hampir pekat.
- Tutup api dan whisk hingga rata supaya tidak berketul.
- Letak 1 sudu besar adunan di atas daun pisang.
- Lipat dan susun di dalam pengukus.
- Kukus selama 15 minit.
- Sejukkan sebelum di hidangkan.
Lepat Ubikayu Mudah