Manisan Sagu, Cantaloupe dan Kelapa Muda
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan sagu, cuci dan toskan
1 helai daun pandan
Air untuk merebus
Cantaloupe atau Muskmelon
Isi Kelapa Muda

Cara-cara :
  1. Rebus air dan daun pandan hingga mendidih.
  2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu.
  3. Masak hingga sagu menjadi jernih, tos dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  4. Toskan sagu dan ketepikan.
  5. Hiris memanjang isi kelapa muda dan cedok cantaloupe bulat2.
  6. Hidang bersama sago dan kuah, enak di hidang dingin.

Kuah
100 ml santan cair
500 ml santan pekat
1/4 sudu teh garam
80 gm gula pasir atau gula melaka
1 sudu besar tepung beras, larutkan dengan sedikit air

Cara-cara :
Masak santan cair dan gula hingga mendidih.
Masukkan santan pekat, garam dan bancuhan tepung beras.
Masak hingga kuah kelihatan pekat.
Tuang ke atas sagu.

Manisan Sagu, Cantaloupe dan Kelapa Muda