Manisan Sagu, Pisang dan Labu Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan sagu, cuci dan toskan
1 helai daun pandan
Air untuk merebus
4 biji pisang, potong bulat
1/2 biji labu, potong dadu besar

Cara-cara :
  1. Rebus air dan daun pandan hingga mendidih.
  2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu.
  3. Masak hingga sagu menjadi jernih, tos dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  4. Toskan sagu dan ketepikan.
  5. Kukus pisang dan labu, angkat dan sejukkan.
  6. Masukkan sagu, labu dan pisang dan tuang kuahnya.
  7. Enak di hidang dingin.


Kuah
100 ml santan cair
500 ml santan
1/4 sudu teh garam
80 gm gula pasir atau gula melaka
1 sudu besar tepung beras, larutkan dengan sedikit air

Cara-cara :
Masak santan cair dan gula hingga mendidih.
Masukkan santan pekat, garam dan bancuhan tepung beras.
Masak hingga kuah kelihatan pekat.
Tuang ke atas sagu.

Manisan Sagu, Pisang dan Labu Thai