Siakap Goreng 2 Sos Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap, isi di potong dadu besar
1 cawan tepung ubi
Sedikit garam dan serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Gaul isi ikan dengan secubit garam dan serbuk lada putih.
  2. Perap selama 15 minit,
  3. Gaulkan isi ikan dengan tepung ubi, tapis lebihan tepung,
  4. Goreng hingga kekuningan, tetapi jangan terlalu garing,
  5. Hidangkan dengan sos pedas dan sos berkacang.

Sos Pedas
6 ulas bawang putih, cincang
8 tangkai cili padi, cincang
6 tangkai cili padi hijau, cincang
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula kabong thai / gula melaka
2 biji limau nipis, ambil jusnya
Hirisan daun ketumbar

Cara-cara :
Tumbuk kasar bawang dan cili padi.
Masukkan gula, sos ikan dan jus limau, gaul rata.
Gaul dengan daun ketumbar.

Sos Asam Jawa Berkacang
1 1/2 sudu besar gula kabong thai / gula melaka
1/2 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air
4 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus asam jawa
Kacang tanah sangai di tumbuk kasar

Cara-cara :
Masak gula dan air hingga gula larut,
Masukkan sos ikan, jus asam jawa.
Angkat dan masukkan kacang tanah.

Siakap Goreng 2 Sos Thai