Kepah Kari Merah Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm kepah, cuci bersih
500 ml santan sederhana pekat
3 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula kabung
1 biji limau nipis, ambil jusnya
sedikit garam
2 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar
5 tangkai cili kering, rebus dan toskan
2 tangkai cili merah, potong kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, ambil bahagian putih

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan kacau rata.
  3. Masukkan kepah dan daun limau purut, tutup periuk dan reneh sebentar.
  4. Apabila kulit kepah terbuka, masukkan sos ikan, jus limau, garam dan gula.
  5. Hidang dengan nasi putih.


Kepah Kari Merah Thai