Puding Sagu Avocado
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan sagu, cuci dan toskan
1 helai daun pandan
Air untuk merebus

2 biji Avocado, hiris

Cara-cara :
  1. Rebus air dan daun pandan hingga mendidih.
  2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu.
  3. Masak hingga sagu menjadi jernih, tos dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  4. Toskan sagu dan masukkan ke dalam acuan atau gelas dessert.
  5. Hidang dengan hirisan, avocado, santan dan sirap gula melaka.
  6. Enak di hidang dingin.

Sos Santan
200 ml santan kotak (1 kotak kecil)
200 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar tepung beras, larutkan dengan sedikit air

Cara-cara :
Satukan santan, air dan garam.
Masak hingga mendidih, tuang bancuhan tepung beras.
Masak hingga kuah kelihatan pekat.

Sirap Gula Melaka
2 ketul gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air

Masak hingga mendidih dan sejukkan.

Puding Sagu Avocado