Spaghetti Meatballs Balognese
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200gm spagetthi
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
sedikit garam

Sos Italian Meatballs
150gm meatballs siap guna - rebus dahulu, toskan
1 biji bawang besar - dadu
10 biji tomato ceri / 2 tomato besar  - dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak zaitun
2 tin sos tomato Preggo atau jenama lain
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 helai bay leaf
1 sudu kecil serbuk lada hitam


Cara-cara :
  1. Rebus spagetthi, tambah sedikit garam dan masak hingga lembut.  
  2. Angkat dan toskan.  Gaul dengan minyak zaitun hingga rata.
  3. Untuk sos, panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau. 
  4. Masukkan tomato dan bay leaf.  Biarkan sehingga tomato hancur.
  5. Masukkan sos tomato Preggo dan sedikit air, kacau dan biarkan seketika.
  6. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam.
  7. Masukkan meatballs, gaul bersama sos hingga rata.
  8. Tutup kuali dan biar mereneh seketika.
  9. Angkat dan hidang bersama spaghetti.

Spaghetti Meatballs Balognese