Keledek Ungu Cheesecake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Dasar Kek Sponge
125 gm chocolate sponge mix
1 biji telur A
1 sudu besar air
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu teh chocolate emulco
Penyediaan :
- Satukan semua bahan kek kecuali minyak.
- Putar dengan kelajuan tinggi selama 5-6 minit hingga kembang.
- Masukkan minyak dan putar perlahan dan sebati.
- Tuang ke dalam loyang 7 x 7 in yang di alas kertas minyak.
- Bakar selama 20-25 minit pada suhu 160C.
- Sejukkan di atas redai dan potong atasnya supaya rata.
- Terapkan dengan acuan kecil. Ketepikan.
Puri Keledek
200 gm keledek ungu
50 gm gula pasir
Sedikit air rebusan keledek
Penyediaan :
- Rebus keledek, buang kulit dan lecek dengan gula hingga halus ketika masih panas.
- Tambah sedikit air rebusan keledek dan lecek hingga halus.
- Bahagi kepada 2 bahagian untuk cheesecake dan bakinya untuk cream keledek.
Adunan Keju
250gm cream cheese - suhu bilik
60gm gula kaster
150ml UHT whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin halal
50ml air
Puri Keledek *
Cara-cara :
- Pukul whipping cream hingga pekat. Ketepikan.
- Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang.
- Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil. Ketepikan.
- Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan licin.
- Tuang gelatin cair dan masukkan whipping cream, kaup balik hingga sebati.
- Setelah rata, bahagikan kepada 2 bahagian.
- Satu bahagian asal dan satu bahagian di masukkan puri keledek.
- Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag berasingan.
- Picit lapisan asal ke dasar kek, ratakan.
- Masukkan sebentar lebih kurang 15 minit ke dalam peti sejuk.
- Keluarkan dan picit adunan keledek, hentakkan sedikit supaya rata,
- Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam hingga permukaannya set.
- Keluarkan dari peti sejuk dan lapis dengan cream keledek.
- Masukkan ke dalam peti sejuk hingga lapisan beku.
Cream Keledek
Puri Keledek
1/2 sudu besar mentega
Air rebusan keledek
Cara-cara :
- Satukan semua, masak dengan api perlahan hingga mentega larut.
- Tambah air rebusan keledek hingga mendapat pes yang halus dan lembut.
- Angkat, biarkan sejuk sebelum di sapu ke atas cheesecake.
Keledek Ungu Cheesecake