Labu Goreng Sos Coklat
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1/2 biji labu sederhana
1 sudu makan kapur
1 1/2 liter air
Tepung Goreng Rangup
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan air
1 sudu besar air kapur cair
1 sudu kecil garam
2 cawan breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan :
- Kupas kulit labu dan potong setebal 1 inci.
- Rendam dalam air dan kapur selama 20 minit dan bilas. Tos hingga kering.
- Bancuh bahan-bahan tepung goreng hingga rata kecuali breadcrumbs
- Bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.
- Celup labu ke dalam bancuhan tepung dan golek di atas breadcrumbs.
- Goyang mangkuk berisi breadcrumbs hingga bersalut rata.
- Jangan gunakan tangan untuk mengaul kerana salutan akan melekat pada tangan.
- Goreng di dalam minyak sederhana panas hingga keperangan.
- Rangup di makan panas bersama sos coklat atau aiscream.
Sos Coklat
100 ml susu cair
50 gm coklat gelap, cincang halus
1 sudu besar nutella atau hazelnut paste
Penyediaan :
Panaskan susu hingga berbuih di tepi periuk.
Tutup api dan masukkan coklat dan nutella.
Kacau hingga larut.
Labu Goreng Sos Coklat