Pisang Goreng Sos Butterscotch
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Pisang Goreng
1 sudu besar mentega
4 biji pisang bunga atau berangan hampir masak

Penyediaan :
Pisang di belah 2 dan goreng dengan mentega hingga keperangan.
Enak di hidang bersama sos butterscotch, whipping cream, kekacang atau aiscream.

Sos Butterscotch
40 gm mentega tawar
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan dairy whipping cream
1 sudu teh esen vanilla

Penyediaan :
  1. Untuk sos, cairkan mentega, masukkan gula perang.
  2. Kacau hingga gula larut.
  3. Masukkan cream dan esen vanilla.
  4. Masak dengan api perlahan hingga mendidih dan pekat.

Pisang Goreng Sos Butterscotch