Puff Pastry Salmon
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 keping puff pastry KAWAN 8in
2 keping isi ikan salmon
1  sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
1 sudu teh jus lemon

Filing Keju Bayam
2 sudu besar mentega
2 sudu besar bawang putih cincang
3 sudu besar bawang besar cincang
1 ikat daun bayam, ambil daun sahaja
5 cendawan butang, hiris nipis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/3 cawan breadcrumb (serbuk roti)
110 gm cream cheese
1/4 cawan parutan keju Parmesan

Kuning telur untuk sapuan


Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 200C.
  2. Perasakan ikan dengan serbuk lada hitam, garam dan jus lemon.
  3. Cairkan mentega, tumis bawang hingga naik bau.
  4. Masukkan cendawan, masak hingga layu.
  5. Masukkan bayam, garam dan serbuk lada hitam.
  6. Masak hingga bayam lembut.
  7. Tambah breadcrumb, cream cheese, parmesan dan gaul hingga rata.
  8. Angkat dan ketepikan.
  9. Letak ikan salmon di tengah puff pastry, sapu kuning telur di keliling tepi pastry.
  10. Ratakan filing keju di atas ikan, tutup ikan dengan pastry dari kedua belah.
  11. Bungkus rapi dan terbalikan ke atas, bahagian ikan berada di atas.
  12. Sapu rata kuning telur dan buat beberapa kelaran.
  13. Bakar selama 25 minit hingga keperangan.


Puff Pastry Salmon