Pengat Kededek
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 biji keledek oren
1 biji keledek unggu
1 biji keledek putih
1/2 biji keladi Thai
2 ulas nangka, carikkan

Kuah
2 cawan air
1 kotak santan (200 ml)
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung ubikayu, bancuh sedikit air

Cara-cara :
  1. Keladi dan Keledek di potong dadu dan celur berasingan.  Toskan.
  2. Satukan santan, air, garam, daun pandan dan gula.
  3. Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung ubi.
  4. Masukkan nangka, keladi dan keledek.
  5. Masak hingga mendidih sebentar dan angkat.

Pengat Kededek (Keladi Keledek)